Wednesday, February 25, 2009

Hari Exam

hari pertama exam , dah tertinggal satu kertas . bukan kerana aku tak buat atau tak datang , sebab aku ditugaskan untuk menjadi penjaga masa untuk Debate Competition di sekolah aku . macam mana aku boleh dapat tugas ini ? aku ahli kelab Bahasa Inggeris atau ELS , jadi Miss Safinah memberi aku tugas ini dengan jayanya . budak-budak debate ni semua bagus belaka . sangat fasih berbahasa Inggeris . cuma aku ni jee yang tergagap-gagap lagi . bukan tak faham , aku memang faham . tapi bila nak berinteraksi dalam bahasa inggeris , lidah keras ! mungkin aku perlu berlatih berbahasa inggeris lebih lagi .

cerita pasal exam , kertas Bahasa Melayu aku tak dapat buat . member aku semua pelik dan hairan . seorang daripadanya bertanya . "weh , mana kau pergi tadi ? asal tak amik exam ?" . lalu aku membalas . "aku jadi penjaga masa untuk debate laa ." nasib baik Miss Safinah benarkan aku buat ujian seterusnya iaitu Sejarah dan Lukisan Kejuruteraan . kawan aku lagi sorang tu kesian . sampai habis exam dia kena ada kat debate competition tu . maklumlah dia jadi Speaker . aku yang si penjaga masa ni juga yang lepas ! HAHA . Maisara , nanti aku bagi laa kau jawapan kertas Sejarah . senang jee .

Monday, February 23, 2009

geng PUTU MAYAM .



ini dia muka penjenayah paling dikehendaki pihak polis iaitu geng PUTU MAYAM . masing-masing berumur dalam lingkungan 17 tahun ke atas . semua suspek sedang diburu pihak polis . jika terserempak dengan mereka , sila hubungi pihak berkuasa .

Jenayah yang dilakukan :

  1. menampakkan gigi mereka di khalayak ramai .
  2. mencuri gula-gula di kedai makcik Mah .
  3. menumbuk kepala Awer .
  4. tidak pernah memakai seluar dalam .
  5. korek hidung tidak beragak-agak .
  6. kencing malam .
  7. berak dalam seluar
dari kiri ; azhar@comel , aten@chupchup , uzair@retro , enaz@besi , iman@black , aji@jemuran dan faris@pendek .

Sunday, February 22, 2009

remaja sekarang .

tadi aku baca akhbar Metro hari ini . hari Ahad 22/02/2009 . topik hangat ialah aksi lucah remaja . aku agak tertarik lalu mengikuti perkembangan topik ini . bukan kerana aku suka perkara ini , tetapi aku juga remaja . perlu tahu isu pasal remaja .

salah satu daripada mereka yang ditemu ramah wartawan Metro tersebut mengatakan bahawa aksi lucahnya tersebar kerana putus cinta dengan bekas kekasihnya . setelah berpisah dengan bekas kekasih dia , dia telah meninggalkan suatu kenangan yang besar bersama bekas kekasihnya itu . iaitu aksi ranjang ! dia sangat malu kerana aksinya itu tersebar luas di internet . aduhai , masa buat tak rasa malu pula . biladah kena sebar , baru nak malu , baru nak segan . sekarang maruah diri telah hilang . nak menyesal pun tak guna . perkara ini telah diketahui ramai . mana lagi nak sorok muka 'popular' anda ? senang-senang , pakai topeng jelaa pergi mana-mana . ataupun dah memang tak malu .

ini lah sikap remaja sekarang . mudah terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah ! bila kena ayat sikit , dah cair ... pehhh , begitu senang nak ayat perempuan sekarang . tahu-tahu dah boleh bawa balik rumah . lepas tu tahu la apa jadi . aku tak kata la semua perempuan macam tu . tapi bila tengok keadaan dah macam ni , aku rasa maruah tu macam boleh dibeli pula . selonggok rm3 . lepas tu , bila maruah dah tergadai , baru nak menyesal tak sudah . perkara ini tak akan terjadi kalau pandai jaga diri . jarang la aku dengar perempuan jaga aurat kena rogol dan sebagainya .

kesimpulannya di sini , jangan la jadi bagai dara sudah berlaki . bila dah jadi macam tu , lelaki pun tak nak dekat memandang perempuan laksana cempedak mambung , pulur saja tak laku . sebelum nak mencari jodoh yang sesuai , perlu diteliti bagai menatang minyak yang penuh . lelaki sekarang bagai api dalam sekam . aku ni pun korang tak boleh percaya sangat . jadi , renung-renungkan . selamat beramal .

ujian pertama tahun 2009 .

hadoyai , exam lagi beberapa hari je lagi ni ... ulangkaji pun belum nii . dah la tajuk form 4 banyak masuk ni . ini la akibat malas nak buka buku . kalau dah belajar , sekali tu je belajarnya . pastu lupa terus . apa nak jadi dengan aku ni ? SPM tahun ni . tapi perangai macam SPM tu lama lagi . entah bila nak berubah pun tak tahu la perangai malas aku . pastu bila tak tahu jawab soalan , tidur sampai habis exam . teruk benar rupanya . apa pun , rabu ni dah nak exam . jadi aku perlu study smart , not study hard . kenapa aku cakap begitu ? lu pikir la sendiri .



ini dia lukisan aku kat kertas add math semasa peperiksaan akhir tahun lepas . siap ada 10 markah lagi . soalan ni aku buat tau . (;

Thursday, February 19, 2009

i can read this .. HAHA can you ?

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at
Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a
wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer
be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll
raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not
raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh?
yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs
forwrad it.

untuk seseorang ..

Dimana kaca yang berserpihan

Biar aku pijakkan

Dimana taufan yang bertiupan

Biar aku padamkan

Kerna semua sudah tiada ertinya

Tentang cinta sudah tiada maknanya

Tentang kita elok dilupakan semua

Dimana laut yang bergelora

Kan ku redah semua

Dimana letaknya cinta kita

Kan ku pijak semua

Kerna semua sudah tiada ertinya

Tentang cinta sudah tiada maknanya

Tentang kita elok dilupakan semua

Sunday, February 15, 2009

aku dah tak tahu .

lalalalalala ~ hey bloggers ! mesti lama tunggu blog aku . lama juga aku tinggal . ada laa dalam seminggu kott . aku bukan apa , busy sikit dengan sekolah . Homework sana , homework sini . balik sekolah dah la lambat . menyirap je aku . takpee , untuk masa depan aku tempuhi dengan tabah .

ni aku ada cerita sikit nak habaq . sekolah aku hampir 3 bulan tingkatan 4 tiada . agak tenang sikit kat sekolah . cikgu pun relaks jee mengajar . 2 minggu lagi mereka (tingkatan 4) akan mendaftar di sekolah aku dan sekolah teknik yang lain . tak sabar aku nak tengok muka-muka mereka semua . kalau kerek , aku bantai jee . kalau okay , aku okay . aku bukan jahat pun . aku seorang yang penyabar . haa , salah satu daripada mereka yang akan mendaftar ke sekolah aku ialah sepupu aku sendiri . rumah dia dekat je dengan rumah aku ni haa . jalan kaki tak sampai 5 minit. dia mendapat tahu setelah dia menyemak borang kemasukan ke sekolah teknik 2009 . mungkin rezeki dia , dia telah dapat masuk ke sekolah aku yang besar ni . welcome to my school , cousin ! beruntung kau dapat sekolah aku ni . cikgu semua bagus belaka . bukan senang nak dapat sekolah aku weh . aku tengok senarai nama hari tu , kebanyakan 5 A ke atas . dah naik gred la sekolah aku . sama taraf Teknik Kuala Lumpur .

kesimpulannya di sini , kau study betul-betul . jangan jadi macam aku ni . pemalas tahap biawak comodo . lagi-lagi subjek yang agak susah seperti Fizik dan Kimia . selamat berjaya sepupuku !