Monday, May 10, 2010

aku bermimpi -__-

aduii , kalau dah rindu kan apa benda kita buat pun tak kena . pastu buat kerja gila , merayap sorang sorang . tengok kiri kanan , padahal motor takde minyak tu .

hmm , pagi tadi macam biasa laa . bangun pagi pastu siap nak pergi kolej . lepas dah sarapan semua , aku terus gerak pergi kolej . sampai kolej pagi tadi aku terus mesej dia . dia pun baru jee sampai kat situ . perfect timing kot ? lepas dah settle benda semua kat kolej tadi , kelas dibatalkan pulak untuk hari ni . so , memang aku pun dari tadi mesej dia jee . tanya dia macam-macam . mesej sambil lepak kat kelas 10 minit pastu aku balik . sampai jee rumah aku terus pergi kat laptop , bukak facebook pastu bukak list chat kat bawah tu . tengok tengok dia tak online . aku dah rasa hampa dah masa tu . tetiba aku baru sedar yang dia dah pergi matrik . macam mana aku boleh lupa eh ? padahal aku mesej dengan dia jee dari tadi . aduhaii , dah terbiasa kan nak buat camne ? selalu petang petang mesti dia online . tapi tadi tak online pulak . HAHA aku ni dah gila agaknya . nasib baik laa tiqa ada . lama jugak chat dengan dia . pastu chat dengan ell sekali . tapi aku rasa lain , tak macam selalu . bosan jeeeeee . ingat nak keluar laa petang tu , boleh pulak hujan turun dengan lebatnyaaa . lepas tu aku terfikir , member aku semua dah pergi belajar laa . siapa lagi nak lepak dengan aku ? iman pun tengah online facebook masa tu . dia keluar pun mesti pergi main futsal jee . aduii lepas jee hujan benti tu aku terus pergi taman . nasib baik ada member member yang tak pergi belajar . kira geng taman ni geng jahat aku laa . HAHA dapat gak laa berseronok kejap buat lawak bodoh . kurang sikit rasa sedih aku ni .


p/s : weh , rindu gila kat korang ! bila nak lepak macam dulu lagi ? kecoh kecoh kat facebook . sekarang facebook sunyi );

Sunday, May 9, 2010

Ternyata


sedih , ternyata sedih . tak pernah aku sedih camni . hati aku lembut jugak rupanya . aku ingat dah metal sangat tapi rupanya dalam hati ada lagi hutan simpan yang tersembunyi . aku sepatutnya gembira , tapi entah kenapa diri terasa kekosongan sangat sekarang ni .

KAWAN . kawan biar beribu cinta biar satu . itulah ungkapan yang selalu terdengar atau terbaca di mana mana . nak buat kawan memang laa senang , tapi tak sama macam kawan kawan yang kita dah lama kenal . yang selalu bersama suka dan duka . kongsi itu dan ini . kadang kadang tu bergaduh pun ada . HAHA , memang tak boleh dipisahkan laa . tapi demi mengejar cita-cita dan masa depan masing-masing , sorang pergi dan kemudian sorang lagi dan sorang lagi . sorang ke sana , sorang ke sini . semua berpecah . yang tinggal hanya segelintir saja . sekarang dah tak boleh lepak macam dulu lagi . pergi tengok wayang , karaoke , mandi sungai , futsal , rugby dan macam macam lagi ahh yang biasa kitorang buat dulu . kalau kat facebook tu , takde lagi dah kecoh macam dulu . bahan sana sini , gelak ketawa . haihh , kenapa laa semua ni mesti terjadi ? takpe laa , masa depan tu penting . belajar dulu . aku sentiasa gembira dan doakan korang berjaya . that's what friends do right ? korang pun jangan lupakan aku weh .



HOYEH:-
Miyoi
Rifhan
Uzair
Iman
Capik
Hadi
Danial
Acap
Azizi
Mail
Afiq
Faiz
Faris

korang memang KAWAN TERBAIK DUNIA AKHIRAT aku . tanpa korang , bosan gila laa .

Multicpl
Nur Aisyah
Atiqah Liyana
Shahrul Iman

korang laa pengubat luka lara aku , korang memang havoc gila laa . jangan laa berpisah weh . );


KAWAN KAWAN , semoga berjaya di sana okay ? do your best and be the best . aku sentiasa doakan korang ! Adios amigos , Assalamualaikum .

Friday, April 23, 2010

Tak bersedia lagi

Hai blog , lama tak jenguk kau . hari ni aku datang nak update tauu :P

HAHA , lama siak tak tulis kat sini . teruja gila sampai tak tau nak tulis apa . ahh , cerita jelaa apa pun . kalau nak cerita semua , sampai bila pun tak habis .

Muhammad Azhar Abd Latiff , pada 28 April 2010 , anda akan kembali ke alam belajar . perghhh ! biar betul ? aku ni dah laa tak bersedia apa lagi . lagi 5 hari jee nak masuk . Rambut dah afro ni . boleh ke berambut macam ni bila dah masuk sana nanti ? surat tawaran asal pun tak tau pergi mana dah . aku main campak jee . macam tak penting jee benda tu . malam ni aku cari laa surat tu , nak sediakan apa yang dia minta bila hari pendaftaran nanti . Kawan-kawan yang dapat Matrikulasi pun masuk lambat lagi . Tahniah laa kat kawan-kawan yang berjaya tu , terutama sekali Nur Aisyah dan Rifhan . belajar elok-elok tau . jangan lupa kat si afro ni . selalu laa contact bila bosan tu eh ?

aduhai , tak tau nak cakap apa dah ni . blurr -_____-

Friday, July 31, 2009

Cool Fever .

haiyaa . satu rumah dilanda wabak demam . ia mula berjangkit daripada mama yang terlebih dahulu demam . kemudian berjangkit kat abah . pastu anak buah aku pun kena . kesian , abah tengah tidur kat bawah tu . nak bangun pun tak larat . adila pun dah mula kena demam . HAHA , nasib baik aku punya Antibody sangat kuat . bak datang laaaa demam ! aku kuat laa . setakat demam tu , sehari jee dah baik . tapi aku takut juga , sebab sekarang H1N1 tengah bermaharajalela . tambahan pula penyakit yang lebih kurang sama macam H1N1 juga , ILI . bahaya nak berhubung dengan orang sekarang . ia merebak dengan cepat . ishh ! jangan laa kena kat keluarga aku . nanti tak pergi sekolah laa aku kena kuarintin . percubaan nak dekat ni . baru baru ni add math aku lulus tau . okay laa . selalu gagal jee . lepas ni aku nak A1 pulak . okay chow dulu . nak main futsal ni .

*******************************
selagi badan sihat ni baik kita bersukan .

Wednesday, July 29, 2009

new update , after a long busy day !

hai BLOG ! aku rindu kat kau . lama tak menulis kat sini . nak dekat 4 bulan aku tak sentuh blogspot . tambahan pula aku sekarang sibuk dengan hal-hal sekolah . SPM laa tahun ni . percubaan pun nak dekat ni . malas dah nak main lagi . cukup laa aku punya peperiksaan yang teruk gila ! 4 gagal beb . aduh , marah mak bapak aku . sampai aku nak main futsal petang petang pun tak bagi dah . HAHA tapi , kalau tak main futsal nanti macam orang gila duduk kat rumah tak buat apa apa . petang bukan ada cerita best pun kat tv tu . cerita kartun sampai pukul 5.30 petang jee . itu pun aku tengok cerita spongebob jee . best cerita tu . aku minat spongebob . tapi tak ada laa sampai kena beli 'BOXER' spongebob . baik pakai seluar bola . okay laa cukup sampai sini dulu . nanti sambung balik ye .

********************
aku nak study ni , esok ada ujian . (;
chow !

Wednesday, March 25, 2009

Jom Tutup Lampu

This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming. For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.

Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.



VOTE EARTH !

Tuesday, March 10, 2009

Aku Sedih kerana

kekejaman Yahudi melampau !

marilah kita mendoakan kesejahteraan untuk saudara-saudara kita di Palestin . Al-Fatihah kepada para Syuhadah yang terkorban demi negara dan agama Islam yang tercinta .