Sunday, March 8, 2009

Cerita Tentang Diana dan Kambingnya .

atas permintaan Diana Nordin , saya menulis blog ini sambil korek hidung .

pada suatu hari , anak kambing pergi bersiar-siar di padang rumput tempat ia meragut . rumput di situ amat segar sehingga cacing pun tak tahu nak lepak mana lagi . anak kambing tersebut kemudian terasa lapar dan meragut rumput berkenaan .

tiba-tiba datang sebuah kereta peronda yang membawa dua orang pegawai polis . lalu polis tersebut pergi ke arah anak kambing berkenaan dan menggari anak kambing tersebut . kebetulan penternak kambing , Diana ingin bercucuk tanam di kebun berhampiran padang ternampak anak kambing kepunyaannya digari oleh pihak polis .

lalu dia bergegas ke tempat kejadian dan bertanya kepada pihak polis berkenaan ' mu nok curi anak kambin den yoo ? ' kata Diana . pihak polis tersebut membalas ' oh tidak mak cik . cuma anak kambing kepunyaan mak cik ini telah melakukan kesalahan . ' sambil mengorek hidung Diana bertanya lagi . ' apo kesalahannyo ? mu jangan buat gilo ! ' pihak polis itu menerangkan . ' anak kambing ini telah melakukan jenayah ragut mak cik . kami menerima laporan dan segera bergegas ke mari . '

Diana semakin pelik . reaksinya bertukar menjadi marah . dia mencapai kapak pusakanya . ' ini anak kambing ! bukan peragut ! kome ni bodoh ye ? kecik-kecik taknak mampos ! ' maki Diana kepada pihak polis . pihak polis itu terkejut dengan reaksi Diana yang tiba-tiba berubah . terbeliak biji mata mereka . ' tapi mak cik , menurut undang-undang anak kambing ini perlu ditahan untuk siasatan lanjut . ' terang pihak polis kepada Diana . penerangan tersebut menyebabkan Diana ingin memberi penerajang cap unta . tapi kerana sikap kesabaran yang tinggi dia berkata ' kome ni nak mampos ? reti ke anak kambing ni nak meragut orang ? ' pihak polis tersebut kemudiannya menafikan ' ia tidak meragut sesiapa . tetapi ia telah meragut rumput-rumput di padang ini . siapa punya padang ini , mak cik ? ' Diana tersengih dan membalas ' kalau kome nak tahu , padang ni mak cik yang punya . tak nampak ke signboard tu ? ' masing-masing segera berpaling ke arah papan tanda tersebut .

oleh kerana terkejut dengan perkataan yang tertulis di papan tanda berkenaan , pihak polis tersebut meminta maaf kepada Diana . ' kami minta maaf mak cik . kami tak sengaja . ' perasaan marah Diana semakin membara . ' kepala hotak kome ! nak makan selipar saiz 5 aku ? ' marah Diana . lalu Diana berkata lagi ' peragut dengan anak kambing pun tak dapat beza ke ? biaso lerr anak kambing pergi meragut rumput ! tapi bukannya meragut orang lah bahlol ! ' sebiji selipar melayang ke arah polis berkenaan . belum sempat mengelak ia telah melekat pada muka salah seorang dari mereka . ' apa ni mak cik ? bukan ke saya dah mintak maap ? i cant believe it ! im sorry ! ' pihak polis itu menjerit kepada Diana sambil menangis . lalu polis berkenaan beredar dari situ . Diana ketawa terbahak-bahak lalu menjerit ' sori ? pergi kawin dengan banggali laaaaaa ! kome ni dah la bodoh , lepas tu cengeng pulak . baik tak payah jadi polis ! '

moralnya di sini , sila hormati Diana . beliau sangat merbahaya . (;

4 comments:

  1. BWAHAHA.
    woi.
    woi.
    woi.
    woi.
    woiiii..
    ;p

    ReplyDelete
  2. wahaha , tu dah update ! menggeletek ketiak anda !

    ReplyDelete
  3. hey bukan ketiak saja tergeletek,
    buku lali jua. haha.

    ReplyDelete
  4. woi woi . ape kejap bahasa negeri kejap perak HAHA :O

    ReplyDelete