Sunday, October 30, 2011

saya sudah kena

TAGGED !!

buka jee notification kat BB tengok ada link yang tertulis AISYAH AZIZ: Tagged xD . Rupanya main tag . sekali gua kena tag daa . takpe laa , layan jee :) so , here's the rule .

1) must post this rules
2) post 11 things about themselve in their post
3) answer the question that those tagger set for you
4) have to choose 11 people to tagged them in their post
5) don't forget to go their page and tell them
6) no tag back!
7) no stuff in the tagging section that "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU
LEGITIMATELY (a.k.a Really trust with all honesty) have tagged 11 people

-------------------------------------------------------------------------------------------------
This is 11 things about me

  1. Nama kat surat beranak : MUHAMMAD AZHAR BIN ABD LATIFF
  2. a full-time Student
  3. Malay, Muslim
  4. Simple person
  5. Easy going
  6. Macam sombong tapi sebenarnya friendly
  7. Blue is the favourite one
  8. ohh lupa , I'm 19 years old
  9. Blackberry user
  10. Futsal/Rugby/Running
  11. I'm a Gamer
-------------------------------------------------------------------------------------------------
nah ini jawapan untuk awak, Cik Aisyah :)

1. Apa perasaan anda bila saya tag anda pada entri ini ?
Saya rasa berbangga . HAHAHA poyo jee

2. Siapa saya pada anda ?
Hmm , susah ni . Bestfriend dan orang tersayang saya .

3. Anda suka warna apa dan kenapa ?
Saya suka biruuu sebab saya suka laa .

4. Ciri2 pasangan idaman ?
Faham saya dan saya pun faham awak . Senang kan ? (;

5. Teringin nak pergi mana dan dengan siapa ?
Jepun dan saya nak bawak mak saya .

6. Saya nak sangat sangat ..... (sila sambung & saya refer to anda)
Saya nak sangat sangat tidur . Saya mengantuk

7. Your first perception/opinion about me ;) TELL ME :)
Awak akan jadi Lecturer yang garang :P

8. apa yang anda rindu sangat sangat ?
Saya rindu zaman sekolah dulu

9. Cita-cita ?
Adoii , ini kelakar . Dulu saya ada tiga cita-cita . Askar , Polis dan Bomba . Sekarang saya rasa cita-cita tu tak penting sangat . Yang penting , just follow the flow and see what happen next (;

10. What is the meaning of love in your opinion ?
Cinta ni macam air . Bila jaga elok elok , maka ia akan terus mengalir . Bila tidak dijaga dan ditinggalkan , maka ia akan kering dan tidak akan mengalir lagi .

11. Did you love me ? ;) HAHAHA
Yes , ofcourse (;

-------------------------------------------------------------------------------------------------
alaa , gua malas nak tanya boleh tak ? haa ni soalan gua :

1. Dah makan ke belum ?
2. Nama dalam surat beranak ?

3. Umur yang tepat ? (exp : 19tahun10hari6jam10minit)

4. Suka mengira ke membaca ?

5. Suka guna pensel atau pen ?

6. Benda pelik yang dibuat semalam dan kenapa ?

7. Serius atau weng ? Kenapa eh ?

8. Tempat yang paling menakutkan bagi anda ?

9. Binatang yang disukai ?

10. Kenapa suka binatang tu ?

11. Suka tak kena soal ? (;


-------------------------------------------------------------------------------------------------
MALAS NAK TAG ORANG so aku tag sikit jee
aida syifa . nadya . tiqa . nani . diana nordin . emma aziz . maisara malik
ENJOY (;


Friday, October 14, 2011

Yoooo I'm back !

Yoyoyoyoyo wassap berasap ! HAHAHA sudah lama tidak menulis , tak tahu dah nak tulis apa . Haa okay laa , kita start dengan Bismillahirrahmanirrahim dulu . One two three go !

HAHAHA ni gambar masa dalam perjalanan balik KL tadi . Muka mengantuk tambah pulak kena jadi co-pilot . Balik tadi ikut jalan lama , saja nak jalan santai sambil tengok kampung . Jalan situ agak bahaya laa sebab jalan berlubang , lori keluar masuk & debu tebal . Biasa laa , still under construction . Lagi berapa bulan siap laa .

Tengah syok layan jalan tu , tetiba aku teringat satu kedai cendol terbaik kat Seremban . Apa yang istimewanya kat kedai tu , bayar sekali boleh tambah banyak kali sampai termuntah pun takpe . Tambah laa banyak mana pun . GERENTI PERCUMA . Pemilik dia bernama Leman Dawi . Seorang bekas tentera . Sampai jee kat kedai tu kami disambut mesra . Aku ingat lagi apa dia cakap tadi 'Selamat datang anak-anak muda pemangkin masa depan negara' . Member aku dah terkejut ingatkan dia tu gila . Lagi satu pakcik Leman Dawi ni macam Wikipedia . Tanya laa apa pun , semua dia tahu . Siap tahu luas setiap negeri kat Malaysia ni . Bab sejarah memang A++ laa aku bagi kat dia . Petah berkata-kata . Ada saje cerita dia . Satu lagi kalau bab sajak ke puisi ke memang power laa pakcik ni . Pandai betul bermain kata . Pelanggan dia semua terpegun dengar celoteh pakcik Leman termasuk aku . Tabik spring satu kali !

HAHAHA tu cerita pasal tadi . Dah habis dah . Ni aku nak cerita sikit . Dua minggu lepas punya cerita . Haa , kisahnya begini . Aku kena jadi model woo . Tapi bukan sebarangan model . Ini model yang melibatkan kain putih , kapas , air mawar dll . Dapat tangkap tak model apa ? Haa ni den nak tunjuk ekau semuo gambar den jadi model . Ready yoo ~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Step 1


Step 2


Step 3


Tadaaaa !! Handsome tak ?

Pengalaman ni jarang kita dapat . Nak dapat pun tunggu ajal sampai jee kan ? Memula bukan main excited lagi aku nak jadi mayat . Tapi bila dah kena bungkus macam niii , seram woo . Dengan panasnya , tak boleh gerak langsung . Perghh nasib baik takde amali pengkebumian mayat . Kalau tak memang merasa laa macam mana bila kita dah ajal nanti . Ni pun dah seram sejuk , siap dorang solat jenazah lagi . Ini pengalaman seribu dalam satu aku laa . Atleast aku tahu laa macam mana rasa jadi mayat tu sendiri . Aku cerita ni macam dah nak pergi jee kan . HAHA sampai masa nanti aku akan pergi .

Jadi , tulaa serba sedikit aku nak cerita . Sikit ke ? Aku rasa macam banyak jee . Okay laa tu sebab blog ni pun dah lama kena tinggal . Kira ganti laa . Haa okay , sampai sini jelaa . Bebudak Hoyeh dah memanggil ajak lepak , pastu main futsal pulak . Nanti aku sambung lagi .

Sekian , Assalamualaikum .

Thursday, October 13, 2011

unknown title

haih laa blog . kenapa laa kau tak diupdate ? ehh aku pulak tanya blog ni . Salah aku laa sebab malas nak buka . Hmm , dulu rajin laa nak bercerita . Tapi sekarang kenapa entah malas . Tapi aku masih ingat lagi kat blog aku . Tengok last update pun dah tau aku memang tak buka blog . Facebook pun jarang update . Harapkan twitter jelaa . Leceh laa ada banyak sangat account dalam social networking ni . Harap jee pakai Blackberry , tapi malas jugak nak buka . Baik pakai public phone jee senang . Bayar package Blackberry sebulan tapi tak manfaatkan . Bukan apa , asyik nak mengadap bendalah ni semua nanti semua benda tak jalan .

Aku ni dah belajar . Dulu boleh laa aktif sebab tengah menganggur lagi tunggu nak masuk Politeknik tercinta ni -.- dengan assignment berlambakkk . Engineering student memang macam ni . Sibuk jee memanjang . Experiment laa lab report laa apa laa . Banyak siakk . Quiz dan test jangan cakap laa . Kalau boleh setiap hari nak buat quiz . Tapi ni laa kehidupan sebagai seorang pelajar kan ? Apa lagi yang nak dibuat selain belajar .

Kitorang ni pantang kelas takde , amek peluang laa untuk backup balik tidur . Tadi kelas takde lagi . Maklumlah nak dekat final exam ni memang kelas banyak takde . Aku dah serabut nii banyak lagi benda aku tak faham . Semiconductor Devices -.- satu apa pun taktau . Setakat experiment tu boleh lagi buat . Tapi bab teori dan membaca ni , alahaiii lemahnyaa . Memang tak boleh hilang laa sifat malas membaca ni . Tapi bab calculation rajin pulak nak buat . Otak aku memang tak boleh terima bab membaca ni . Kira kira meh serah kat aku . Sekejap jee aku buat . HAHAHA .

Uihh panjangnya aku tulis . Nak cerita lagi sampai esok pun tak habis . InsyaAllah blog ni akan berjalan balik . Itu pun kalau mood rajin ada laa diaaa :P


Sekian . Assalamualaikum .

Tuesday, February 1, 2011

kenapa laaaaa siakkkk !

Haih kenapa ? Kenapa ? Kenapa baru sekarang nak cakap ? Kalau dulu ckp kan senang , takdde laa terhegeh-hegeh tunggu benda tu . Arghhh ! Malas laa aku nak fikir pasal tu ! Serabut , menyakit hati jee ada laa .


Pfffftt ! Bye -.-

Sunday, January 16, 2011

saje saje xD

Haha tadi tengok ramai jee update blog , gua pun nak jugak update .

Post ni sangat simple . Untuk memberitahu yang gua update blog pakai phone xD *berlagak*

Bye (;