Wednesday, February 25, 2009

Hari Exam

hari pertama exam , dah tertinggal satu kertas . bukan kerana aku tak buat atau tak datang , sebab aku ditugaskan untuk menjadi penjaga masa untuk Debate Competition di sekolah aku . macam mana aku boleh dapat tugas ini ? aku ahli kelab Bahasa Inggeris atau ELS , jadi Miss Safinah memberi aku tugas ini dengan jayanya . budak-budak debate ni semua bagus belaka . sangat fasih berbahasa Inggeris . cuma aku ni jee yang tergagap-gagap lagi . bukan tak faham , aku memang faham . tapi bila nak berinteraksi dalam bahasa inggeris , lidah keras ! mungkin aku perlu berlatih berbahasa inggeris lebih lagi .

cerita pasal exam , kertas Bahasa Melayu aku tak dapat buat . member aku semua pelik dan hairan . seorang daripadanya bertanya . "weh , mana kau pergi tadi ? asal tak amik exam ?" . lalu aku membalas . "aku jadi penjaga masa untuk debate laa ." nasib baik Miss Safinah benarkan aku buat ujian seterusnya iaitu Sejarah dan Lukisan Kejuruteraan . kawan aku lagi sorang tu kesian . sampai habis exam dia kena ada kat debate competition tu . maklumlah dia jadi Speaker . aku yang si penjaga masa ni juga yang lepas ! HAHA . Maisara , nanti aku bagi laa kau jawapan kertas Sejarah . senang jee .

Monday, February 23, 2009

geng PUTU MAYAM .



ini dia muka penjenayah paling dikehendaki pihak polis iaitu geng PUTU MAYAM . masing-masing berumur dalam lingkungan 17 tahun ke atas . semua suspek sedang diburu pihak polis . jika terserempak dengan mereka , sila hubungi pihak berkuasa .

Jenayah yang dilakukan :

  1. menampakkan gigi mereka di khalayak ramai .
  2. mencuri gula-gula di kedai makcik Mah .
  3. menumbuk kepala Awer .
  4. tidak pernah memakai seluar dalam .
  5. korek hidung tidak beragak-agak .
  6. kencing malam .
  7. berak dalam seluar
dari kiri ; azhar@comel , aten@chupchup , uzair@retro , enaz@besi , iman@black , aji@jemuran dan faris@pendek .

Sunday, February 22, 2009

remaja sekarang .

tadi aku baca akhbar Metro hari ini . hari Ahad 22/02/2009 . topik hangat ialah aksi lucah remaja . aku agak tertarik lalu mengikuti perkembangan topik ini . bukan kerana aku suka perkara ini , tetapi aku juga remaja . perlu tahu isu pasal remaja .

salah satu daripada mereka yang ditemu ramah wartawan Metro tersebut mengatakan bahawa aksi lucahnya tersebar kerana putus cinta dengan bekas kekasihnya . setelah berpisah dengan bekas kekasih dia , dia telah meninggalkan suatu kenangan yang besar bersama bekas kekasihnya itu . iaitu aksi ranjang ! dia sangat malu kerana aksinya itu tersebar luas di internet . aduhai , masa buat tak rasa malu pula . biladah kena sebar , baru nak malu , baru nak segan . sekarang maruah diri telah hilang . nak menyesal pun tak guna . perkara ini telah diketahui ramai . mana lagi nak sorok muka 'popular' anda ? senang-senang , pakai topeng jelaa pergi mana-mana . ataupun dah memang tak malu .

ini lah sikap remaja sekarang . mudah terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah ! bila kena ayat sikit , dah cair ... pehhh , begitu senang nak ayat perempuan sekarang . tahu-tahu dah boleh bawa balik rumah . lepas tu tahu la apa jadi . aku tak kata la semua perempuan macam tu . tapi bila tengok keadaan dah macam ni , aku rasa maruah tu macam boleh dibeli pula . selonggok rm3 . lepas tu , bila maruah dah tergadai , baru nak menyesal tak sudah . perkara ini tak akan terjadi kalau pandai jaga diri . jarang la aku dengar perempuan jaga aurat kena rogol dan sebagainya .

kesimpulannya di sini , jangan la jadi bagai dara sudah berlaki . bila dah jadi macam tu , lelaki pun tak nak dekat memandang perempuan laksana cempedak mambung , pulur saja tak laku . sebelum nak mencari jodoh yang sesuai , perlu diteliti bagai menatang minyak yang penuh . lelaki sekarang bagai api dalam sekam . aku ni pun korang tak boleh percaya sangat . jadi , renung-renungkan . selamat beramal .

ujian pertama tahun 2009 .

hadoyai , exam lagi beberapa hari je lagi ni ... ulangkaji pun belum nii . dah la tajuk form 4 banyak masuk ni . ini la akibat malas nak buka buku . kalau dah belajar , sekali tu je belajarnya . pastu lupa terus . apa nak jadi dengan aku ni ? SPM tahun ni . tapi perangai macam SPM tu lama lagi . entah bila nak berubah pun tak tahu la perangai malas aku . pastu bila tak tahu jawab soalan , tidur sampai habis exam . teruk benar rupanya . apa pun , rabu ni dah nak exam . jadi aku perlu study smart , not study hard . kenapa aku cakap begitu ? lu pikir la sendiri .



ini dia lukisan aku kat kertas add math semasa peperiksaan akhir tahun lepas . siap ada 10 markah lagi . soalan ni aku buat tau . (;

Thursday, February 19, 2009

i can read this .. HAHA can you ?

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg.
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at
Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a
wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer
be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll
raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not
raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh?
yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs
forwrad it.

untuk seseorang ..

Dimana kaca yang berserpihan

Biar aku pijakkan

Dimana taufan yang bertiupan

Biar aku padamkan

Kerna semua sudah tiada ertinya

Tentang cinta sudah tiada maknanya

Tentang kita elok dilupakan semua

Dimana laut yang bergelora

Kan ku redah semua

Dimana letaknya cinta kita

Kan ku pijak semua

Kerna semua sudah tiada ertinya

Tentang cinta sudah tiada maknanya

Tentang kita elok dilupakan semua

Sunday, February 15, 2009

aku dah tak tahu .

lalalalalala ~ hey bloggers ! mesti lama tunggu blog aku . lama juga aku tinggal . ada laa dalam seminggu kott . aku bukan apa , busy sikit dengan sekolah . Homework sana , homework sini . balik sekolah dah la lambat . menyirap je aku . takpee , untuk masa depan aku tempuhi dengan tabah .

ni aku ada cerita sikit nak habaq . sekolah aku hampir 3 bulan tingkatan 4 tiada . agak tenang sikit kat sekolah . cikgu pun relaks jee mengajar . 2 minggu lagi mereka (tingkatan 4) akan mendaftar di sekolah aku dan sekolah teknik yang lain . tak sabar aku nak tengok muka-muka mereka semua . kalau kerek , aku bantai jee . kalau okay , aku okay . aku bukan jahat pun . aku seorang yang penyabar . haa , salah satu daripada mereka yang akan mendaftar ke sekolah aku ialah sepupu aku sendiri . rumah dia dekat je dengan rumah aku ni haa . jalan kaki tak sampai 5 minit. dia mendapat tahu setelah dia menyemak borang kemasukan ke sekolah teknik 2009 . mungkin rezeki dia , dia telah dapat masuk ke sekolah aku yang besar ni . welcome to my school , cousin ! beruntung kau dapat sekolah aku ni . cikgu semua bagus belaka . bukan senang nak dapat sekolah aku weh . aku tengok senarai nama hari tu , kebanyakan 5 A ke atas . dah naik gred la sekolah aku . sama taraf Teknik Kuala Lumpur .

kesimpulannya di sini , kau study betul-betul . jangan jadi macam aku ni . pemalas tahap biawak comodo . lagi-lagi subjek yang agak susah seperti Fizik dan Kimia . selamat berjaya sepupuku !

Tuesday, February 10, 2009

kepenatan


hari ini , hari selasa yang sangat penat . dah la bas lambat gila sampai . panas lagi satu hal . beg LK pula aku bawa hari ni . tapi sayang , hari ini cikgu LK tak datang . andai aku tahu dia tak datang , memang aku tak bawak . berat tau tak ? sampai rumah dah berpeluh-peluh .

aku tengok langit dah gelap masa aku jalan pulang ke rumah . sah , hari ni hujan lagi . kena la duduk rumah hari ni . kalau tak , merayap je aku ni . tak reti nak duduk rumah . rasa panas je bontot nak duduk kat rumah . alamak beb , hujan dah turun pula . lalu aku melaung ke luar memanggil orang gaji aku . " mak bet ! baju kat luar dah angkat ke ? hujan dah turun ni " dia ni sebenarnya saudara mara aku juga . dulu dia menolong kemas rumah di kampung aku . tapi sekarang mak aku sibuk , kakak aku pun baru lepas bersalin . jadi kami upah la dia untuk mengemas rumah seperti basuh baju , basuh pinggan , sapu sampah dan lain-lain . dia ni rajin . kalau orang suruh buat , cepat je dia buat . bagus dan pantas ! hahaha .

Monday, February 9, 2009

bosan , bosan dan bosan .



aduh , hujan lebat pula petang ni .. aku ingat baru nak main futsal . bosan la asyik duduk rumah je . lalalalalala ~ aku tak tahu nak buat apa nii . layan lagu jela petang ni . arghhhhhhh ! bosan tahap kambing potong janggut ni .

hmm , rasa baik aku layan cerita jepun . seronok jugak walaupun dah tengok banyak kali . weee ~ layan beb cerita Crows Zero ni . gaduh je memanjang .


aku yang bergelar pakcik

pada tanggal 22 Januari 2009 . kakak aku telah selamat melahirkan anaknya yang sulung di Pusat Rawatan Islam . yang paling seronok sekali mak ayah aku laa . dapat timang cucu yang pertama . tapi sedih juga sebab arwah nenek aku tak sempat timang cicit yang pertama . kalau tidak , riuh satu kampung . maklumlah dia orang kuat Taman Koperasi Polis Fasa 2 . aku secara tidak langsung menjadi seorang pakcik . muda lagi dah jadi pakcik . hahaha . nama anak kakak aku Emir Faiz . abang ipar aku yang taruk nama tu . dia minat dengan nama tu . sedap juga nama anak buah aku . aku tak pernah lagi dukung anak buah aku nii . bila agaknya aku nak dukung dia ? tunggulah bila dia dah besar sikit .



mak aku bersama cucunya , Emir Faiz

lama tak main DotA

haish , aku dah bosan nii . kat rumah asyik duduk mengadap komputer je . itu je kerja aku setiap hari . dulu masa komputer tak ada kat rumah , selalu aku pergi Cyber Cafe berdekatan . di situ terdapat lah makhluk Allah yang ramai menggunakan komputer . maklumlah di sini harga satu jam RM2 jee . budak-budak la paling ramai kat situ . aku dulu nak main cc pun susah . nak kena kumpul duit belanja sekolah aku . pastu main tak boleh lama-lama . nanti mak aku bising . tapi sekarang aku tengok budak-budak tu aku rasa jeles jugak sebab dorang main sampai berjam-jam . nak main cc pun mintak duit kat mak . menghabiskan beras jee . mana la tau mak dorang nak pakai duit tu untuk buat makan dorang . (aku cakap je orang , aku pun sama . tapi aku kira baik sikit sebab aku kumpul )

di Cyber Cafe tu aku ada laa main satu game . Defend of the Ancient atau singkatannya DotA . game ni selalu aku main dengan member aku . dorang semua memang gempak laa main game ni . aku ni kengkadang kena marah dengan dorang sebab buat silap . dorang selalu panggil aku noob . tapi bila dah selalu main , aku pun dah boleh marah dorang balik kalau dorang buat silap . *bangga* sekarang ni aku jarang dah main game tu . kalau pergi cc pun tengok jee budak-budak tu main .
aku ni ada geng lain yang selalu jugak main cc . dorang cerita kat aku pasal game DotA ni . masa tu aku tergelak la sebab dorang baru tahu pasal game tu . aku ni kira orang lama laa . dorang selalu ajak aku main dengan dorang . ternyata dorang seperti aku yang dulu . tak reti main , selalu mati jee . tension jugak aku dengan dorang ni . jadi akulah yang kena ajar dorang main . aku seperti guru tadika yang mengajar muridnya mengeja dan menulis . dorang memang cepat tangkap laa . bagus jugak budak-budak ni . tapi aku paling tension bila ajar Afiq si gemok . cukup degil budak ni . buat kepala dia sendiri . macam dah lama main game tu . pastu kalau pilih hero , mesti sama je setiap masa . macam mana nak maju ?

sekarang aku dah memang jarang main cc tu . bila dorang ajak pun , aku ikut mood aku . rasa nak main , aku main laa . tapi bila aku boring , situ la tempat aku melepak . kengkadang tu aku ajar la budak-budak main DotA kat situ . geng aku pun dah jarang main DotA aku tengok . semua layan Myspace je . ada pun sorang dua je yang main .


p/s : bila nak DotA lagi weh ? aku lama tak main ni . jom laa sekali .

aku rindu

hari berganti hari , minggu berganti minggu . sudah sebulan arwah nenek aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya . rasa macam baru semalam dia berada bersamaku . aku rindu saat bersamanya . aku bagai bermimpi . suaranya masih terngiang-ngiang di telingaku . nasihatnya masih kuingat . dia selalu memberi nasihat dan dorongan agar aku menjadi insan yang berguna suatu hari nanti . dia tidak jemu memberi kata-kata semangat kepada aku sambil membelai-belai kepadaku . aku rindu saat itu . bagi mengubati rindu itu , aku sentiasa mengikut nasihat yang telah dia berikan . aku telah berubah sedikit demi sedikit . mungkin itulah cara yang aku mampu .
atuk , a'ar rindu kat atuk .

KAWAN COMMUNITY

KAWAN COMUNITY ini telah ditubuhkan oleh saudara Hairul Nor Firdaus b Hairul Anuar .
komuniti ini tidaklah terkenal seperti komuniti SAHAJA , LAZARA dan sebagainya .
terdapat 15 orang ahli sahaja yang berdaftar . itu pun dari kalangan yang berdekatan sahaja .
kami selalu melepak bersama-sama . sampai bosan tengok muka yang sama .
teringin juga aku nak melepak dengan kawan baru . berkongsi pengalaman dan sebagainya .
tapi tiada yang mendaftar sebagai ahli baru . mungkin tidak berapa diminati oleh orang ramai .
tidak mengapalah . apa yang penting , usaha ! aku akan sentiasa promote komuniti ini .
bagi yang berminat , sila layari www.myspace.com/427086061 .

kami ada buat Gathering tempoh hari . tangkap gambar dan tengok wayang di Pavillion .
seronok keluar beramai-ramai . ketawa dan bergurau senda .
ini gambar aku bersama KAWAN COMMUNITY :

hari pertama .



hari ini ,
aku telah melibatkan diri dalam menulis blog .
aku akan menulis dengan baik . HAHA
tak tahu nak tulis apa hari ini .
mungkin hanya ulasan serba sedikit .

eh , aku ada benda sikit nak tulis .
hari ini aku main futsal macam gampang .
ada orang marah kat aku . nak sepak aku .
bila main betul-betul salah , bila main ala kadar pun salah .
adat lah main futsal tersepak kaki sikit .
aku telah pun minta maaf kat kau .
kau macam laa tak pernah tersepak kaki orang .
kau ingat kau bagus ke ? pastu nak cakap aku main macam gampang .
main 'KABUT' gilaa . memang patut orang gelar kau begitu .
lain kali kalau aku lawan team kau , aku tak nak main .
aku sanggup tukar dengan orang lain .
aku malas nak bising , memekak dan hanya diam .
kerana aku fikir kau lebih tua dari aku .
tapi tak bermakna kau boleh nak marah aku macam tu .
aku bukan budak-budak yang tidak tahu apa-apa .
aku tahu apa aku buat . aku ini jenis yang tidak suka orang BAJET BAGUS .
cukuplah , aku malas nak tulis lebih-lebih . nanti mengaibkan orang pula .