Sunday, February 22, 2009

remaja sekarang .

tadi aku baca akhbar Metro hari ini . hari Ahad 22/02/2009 . topik hangat ialah aksi lucah remaja . aku agak tertarik lalu mengikuti perkembangan topik ini . bukan kerana aku suka perkara ini , tetapi aku juga remaja . perlu tahu isu pasal remaja .

salah satu daripada mereka yang ditemu ramah wartawan Metro tersebut mengatakan bahawa aksi lucahnya tersebar kerana putus cinta dengan bekas kekasihnya . setelah berpisah dengan bekas kekasih dia , dia telah meninggalkan suatu kenangan yang besar bersama bekas kekasihnya itu . iaitu aksi ranjang ! dia sangat malu kerana aksinya itu tersebar luas di internet . aduhai , masa buat tak rasa malu pula . biladah kena sebar , baru nak malu , baru nak segan . sekarang maruah diri telah hilang . nak menyesal pun tak guna . perkara ini telah diketahui ramai . mana lagi nak sorok muka 'popular' anda ? senang-senang , pakai topeng jelaa pergi mana-mana . ataupun dah memang tak malu .

ini lah sikap remaja sekarang . mudah terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah ! bila kena ayat sikit , dah cair ... pehhh , begitu senang nak ayat perempuan sekarang . tahu-tahu dah boleh bawa balik rumah . lepas tu tahu la apa jadi . aku tak kata la semua perempuan macam tu . tapi bila tengok keadaan dah macam ni , aku rasa maruah tu macam boleh dibeli pula . selonggok rm3 . lepas tu , bila maruah dah tergadai , baru nak menyesal tak sudah . perkara ini tak akan terjadi kalau pandai jaga diri . jarang la aku dengar perempuan jaga aurat kena rogol dan sebagainya .

kesimpulannya di sini , jangan la jadi bagai dara sudah berlaki . bila dah jadi macam tu , lelaki pun tak nak dekat memandang perempuan laksana cempedak mambung , pulur saja tak laku . sebelum nak mencari jodoh yang sesuai , perlu diteliti bagai menatang minyak yang penuh . lelaki sekarang bagai api dalam sekam . aku ni pun korang tak boleh percaya sangat . jadi , renung-renungkan . selamat beramal .

3 comments:

  1. wow.
    laksana cempedak mambung , pulur saja tak laku.?
    sumpah tak pernah dengar.
    rakyat seperti anda lah yg malaysia perlukan.
    ecececehh.

    ReplyDelete
  2. HAHAHA , tadi baru baca buku peribahasa .

    ReplyDelete
  3. power gila ayat ko. mcm tak percaya je. ;D

    ReplyDelete